Monday, February 6, 2012

Mencegah Nafsu Syahwatt

Cara Menjaga Nafsu Syahwat


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف المرسلين. أما بعد :




Jalan keluar paling ampuh untuk menjaga nafsu syahwat adalah dengan menikah kerana dengan menikah dapat menjaga pandangan dan kemaluan. Adapun jika belum mampu menikah, maka perbanyakanlah berpuasa kerana dengan berpuasa dapat mencegah nafsu syahwat yang berlebihan. Rasulullah S.A.W bersabda : 


يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Ertinya : "Wahai para pemuda. Barang siapa yang boleh jima' maka menikahlah. Kerana itu lebih menjaga pandangan dan kemaluan. Dan barang siapa yang tidak boleh, maka berpuasalah. Kerana dengan itu dapat menahan syahwat." (HR Muslim) 


Dalam hadits diatas, Rasulullah S.A.W mengkhususnya perintah ini kepada pemuda sebab pemuda lebih besar gangguan syahwatnya dibanding orang yang sudah tua. 


Boleh jima' dan menanggung hal-hal yang diakibatkannya, seperti memberi nafkah baik berupa makanan atau pakaian. Maka Rasulullah S.A.W memerintahkannya untuk segera menikah. 


Adapun pemuda yang mampu jima' akan tetapi belum mampu memberi nafkah, maka diperintahkan untuk berpuasa. Kerana ketika seseorang berpuasa dia berusaha menjaga puasanya dari hal-hal yang dapat membatalkan puasanya. Dengan itu, dia akan lebih menjaga syahwatnya :D

No comments:

Post a Comment