MENGENAI HATI MATI
Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,
"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."
Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....
-Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
-Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
-Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
-Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
-Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
-Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
-Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
-Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
-Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
-Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.
Renung-renungkan dan selamat beramal :P
Monday, February 6, 2012
Mencegah Nafsu Syahwatt
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف المرسلين. أما بعد :
Jalan keluar paling ampuh untuk menjaga nafsu syahwat adalah dengan menikah kerana dengan menikah dapat menjaga pandangan dan kemaluan. Adapun jika belum mampu menikah, maka perbanyakanlah berpuasa kerana dengan berpuasa dapat mencegah nafsu syahwat yang berlebihan. Rasulullah S.A.W bersabda :
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
Ertinya : "Wahai para pemuda. Barang siapa yang boleh jima' maka menikahlah. Kerana itu lebih menjaga pandangan dan kemaluan. Dan barang siapa yang tidak boleh, maka berpuasalah. Kerana dengan itu dapat menahan syahwat." (HR Muslim) Dalam hadits diatas, Rasulullah S.A.W mengkhususnya perintah ini kepada pemuda sebab pemuda lebih besar gangguan syahwatnya dibanding orang yang sudah tua.
Boleh jima' dan menanggung hal-hal yang diakibatkannya, seperti memberi nafkah baik berupa makanan atau pakaian. Maka Rasulullah S.A.W memerintahkannya untuk segera menikah.
Adapun pemuda yang mampu jima' akan tetapi belum mampu memberi nafkah, maka diperintahkan untuk berpuasa. Kerana ketika seseorang berpuasa dia berusaha menjaga puasanya dari hal-hal yang dapat membatalkan puasanya. Dengan itu, dia akan lebih menjaga syahwatnya :D
Sunday, February 5, 2012
Saturday, February 4, 2012
Sumur 2012
Program Sahsiah Unggul Murid (Sumur) bagi sesi 2012 telah dilancarkan dalam perhimpunan mingguan baru-baru ini.
Usrah pertama dijangka akan bermula selepas cuti MaulidurRasul saw iaitu pada malam ahad di asrama masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)